Sunday, 6 September 2015

Sepagi di IOI City Mall Putrajaya

Ahad - 6 September 2015

Seawal 7.30 pagi mak dah mandikan Hannani nak bawa pergi jalan-jalan sebagai upah Hannani temankan mak mengajar pagi semalam, petang pula temankan mak ke kelas nutrisi di PD. Semalam hari mak, hari ini hari untuk Hannani pulak.


Pukul 8.30 semua dah siap. Abah kata hari ni kita sarapan dekat luar tak payah masak. Yeahhh!!! Gantung kuali. Hahaha.. Kami beli nasi kerabu dan nasi dagang dekat depan Maybank. Siapa yang duduk area UPM Serdang ni tau la kat mana kedai tu. Pakcik dengan makcik tu kecek kelate tau. Memang Kelantan tulen tak celup. Hehe.. Boleh tahan la nasi kerabu dia..saya dan suami suka.

Nasi tu kami beli bungkus je makan dekat kedai mamak area flat ikan. Hannani sarapan ayam goreng dengan biskut tiger. Lebih kurang pukul 9.30 pagi dah siap makan, tapi kami tak shoot terus ke IOI. Singgah kat masjid dulu. Ada orang tu makan Herblax malam tadi memang habis kene cuci la usus dia kan. Haha...

IOI City Mall Putrajaya

Dari rumah kami ke IOI ni lebih kurang 10 minit je kalau jalan tak sesak. Kami sampai sana pukul 10.05 pagi. Haha..kedai baru buka kami dah sampai dah. Tujuan utama ke sini, saya nak mencari plastik cun-cun cute- cute dekat Daiso. Jadi kami terus naik ke tingkat 2. Lokasi Daiso terletak di tingkat 2, sebelah hujung sekali berhampiran dengan tandas dan surau.



Geram je tengok barang dalam Daiso ni. Siapa yang rajin hias rumah tu boleh gila juga la kalau ke Daiso ni. Barang semua dari Jepun jadi semua ala-ala orang Jepun punya hiasan. Cute je semua. 

Harga dari RM5.30 sampai RM39++ kalau tak silap saya. Yang mana barang takde tanda harga tu semua RM5.30. Kene pandai cari la..kalau rasa tak berbaloi jangan beli. Beli yang kita rasa berbaloi dengan harga tu. Sebelum ni, kebanyakan barang dekat Daiso RM5 je. Tapi semenjak ada GST jadi RM5.30.

Belanja la gambar kami di Zoomoov


Keluar dari Daiso kami turun ke tingkat 1 ikut eskalator depan Daiso tu. Turun-turun je nampak haiwan tunggangan macam-macam warna. Hahaha..okey la dah kata nak bawa Hannani jalan-jalan jadi kami decide bagi dia makan haiwan tunggangan ni. 

Harga:
RM10 1 token
RM20 3 token
( 1 token untuk 5 minit)

Mula-mula Hannani tak nak naik sebab dia takut binatang tu besar dan boleh jalan kan. Dia takut nak naik sendiri. Rupanya haiwan ni boleh menanggung beban sehingga 150kg! Jadi mak abah pun apa lagi..join sekaki la. Bila lagi nak main dengan anak kan? Haha..puas la juga pusing-pusing kawasan tu.

Ni second round Hannani dengan abah. Naik singa pulak.
Masa naik kuda ungu tak dapat snap pic.

Dapatlah mak naik singa sekali, abah dengan Hannani naik kuda dan singa. Suka la dia sebab naik kuda ungu dengan singa comel. Hahahaha..siap tak nak balik dah nak naik haiwan tunggangan tu je. Lepas tu kami pun balik..tak sampai 2 jam pun dekat IOI. Hehe..

                                                                                                                                                                                        



2 comments:

  1. amboiiiii berjalan tak mengajak..huhuuhuhuuh..such a happy family!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh dik oiii nak mengajak korg semua :-)

      Delete