Thursday, 3 September 2015

Resepi Tumis Buncis dan Tempe

Assalamualaikum

Hari ini Mak Nani rajin nak share resepi menu hari ni. Mak Nani hari² memang masak yang simple² je. Yang penting sedap. Hehe..Hari ni Mak Nani masak ikan cencaru bakar, tumis buncis campur tempe dengan cili kicap untuk dimakan dengan ikan bakar.

Ikan Cencaru Bakar


Bahan²:
Ikan cencaru siap dibuang perut 3 ekor
Daun pisang secukupnya
Garam

Cara²:
1. Lumurkan ikan dengan garam. Luar jaket dengan bahagian dalam perut.
2. Bungkus dengan daun pisang kemas². Kalau nak biar bogel pun boleh..tapi ikan jadi keras tak berapa sedap. Mak Nani suka pakai daun pisang, aroma dia pun lagi sedap.
3. Letakkan di dalam kuali dan bakar lebih kurang 20 minit. Terbalik kan tau..kang masak sebelah je tak tau. Haha..
4. Dah siap boleh hidang. Buang dulu daun pisang tu lagi senang. Mudah suami dan anak nak makan nanti.


Tumis Buncis Campur Tempe


Bahan²:
Cili api 10biji*
Bawang besar 2 biji*
Bawang putih 2 ulas*
Bilis sejemput*
Minyak 4 sudu
Garam secukupnya
Buncis segenggam
Tempe 2 bungkus
(Maaf la..Mak Nani memang masak main campak² je. Jadi kene agak² ikut kesesuaian masing²)

Cara²:
1. Tumbuk bahan yg ditanda *
2. Tumis bahan dilangkah dgn sedikit minyak
3. Apabila bahan tumis garing dan naik bau masukkan garam secukup rasa.
4. Kemudian masukkan tempe yg dipotong dadu/ macam dalam gambar Mak Nani buat ni. Gaul dan tunggu lebih kurang 3 minit utk tempe mesra dengan bahan tumisan.
5. Masukkan buncis dan tutup kuali. Kaup balik dan tunggu sehingga buncis masak. Buncis tak perlu masak lama sangat nanti kurang manis dan khasiat makin berkurangan.
6. Siap! Boleh hidang.


Cili Kicap



Bahan²:
Cili api 5 biji
Bawang besar 2 biji (saiz sederhana)
Limau kasturi 2 biji
Kicap

Cara²:
1. Racik bahan² diatas kecuali kicap dan limau kasturi.
2. Letak bahan dalam 1 dalam mangkuk. Perahkan limau kasturi.
3. Letak kicap secukupnya.
4. Siap!
Sebenarnya semua resepi ni boleh ubah ikut cita rasa masing². Kalau yg suka pedas boleh lebihkan cili. Nak cili kicap masam lebihkan limau. Adjust la ikut citarasa masing² ya.
Selamat mencuba!

2 comments:

  1. aik..lauk simple camni pun terliur ke aneng? hehe

    ReplyDelete