Tuesday 11 August 2015

Kelebihan dan Kebaikan Air Masak


Ada yang panggil air masak, air mineral, air kosong, air putih, sky juice. Walau apa sekali nama panggilannya air ini sangat bermanfaat untuk badan kita. Air masak ini bukan sahaja memberi manfaat kepada badan kita malah ianya sangat murah berbanding air minuman lain. Hehe..jom ikuti perkongsian saya ini.

Kebaikan Air Masak


Menguruskan Badan 


Air masak tidak mempunyai kalori, lemak ataupun gula. Bagi wanita yang sedang berdiet, air masak memang pilihan yang tepat. Sebanyak mana pun air masak yang anda minum kalori anda tidak akan bertambah. Best kan? Jadi, secara tak langsung ia mampu mengurangkan berat badan anda.

Melancarkan Sistem Pencernaan


Minum air masak paling minimum 8 gelas sehari akan melancarkan sistem percernaan. Ia dapat menghindari anda dari sembelit malah membantu dalam pembakaran kalori. Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.

Meningkatkan Kesuburan


Air masak dapat membantu menghasilkan hormon testosteron bagi kaum Adam dan hormon estrogen bagi kaum Hawa.

Kecantikan Kulit


Kekurangan pengambilan air masak boleh menyebabkan badan menghadapi kesukaran untuk menyerap air, sekaligus menyebabkan kulit kering, kedut dan tidak bermaya. Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segar. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.

Badan Lebih Sihat


Air merupakan komposisi utama badan. Kekurangan air boleh menggangu keseimbangan badan. Kita mungkin boleh bertahan jika tidak makan berhari-hari, tetapi kita tidak mampu untuk bertahan jika tidak mendapat air berhari-hari.







No comments:

Post a Comment