Sunday 9 August 2015

Kelas Bersama PM Cerry

Alhamdulillah..semalam berkesempatan untuk ke kelas anjuran Presedential Master (PM) Cerry.


Seronok bershaklee ni..banyak ilmu yang boleh kita sedut. Jadi tak ada alasan tak pandai buat marketing, tak pandai menjual, tak tahu pasal produk.

Banyak kelas-kelas yang dianjurkan. Kebanyakannya PERCUMA kalau berbayar pun tak mahal walaupun kelas di hotel.

Bagi suri rumah macam saya ni tak perlu risau, sebab semua kelas boleh bawa anak. Tak perlu nak risau nak tinggalkan anak dekat siapa dah.

Antara pengisian kelas semalam adalah mengenai niat kita sebagai peniaga dan hubungan dengan Allah, serta pelbagai teknik dan strategik pemasaran untuk meningkatkan jualan.

Yang seronok tu dapat juga mendengar perkongsian daripada Master lain tentang penglibatan mereka dalam shaklee serta teknik yang mereka lakukan untuk meningkatkan jualan.

Alhamdulillah..semoga ilmu yang disedut semalam dapat diamalkan dan menjadi panduan. Ilmu tanpa amal umpama botol yang kosong.

No comments:

Post a Comment