Wednesday 10 June 2015

Supplement Bukan Ubat

Ramai yang ambil mudah perkara ini. 
Mereka beranggapan jika sudah mengambil supplement, segala ubat yang doktor berikan dah tak perlu makan lagi. Cukup dah makan supplement ni.

JANGAN!!!
Jangan buat macam tu. Supplement bukan ubat. Ia hanya makanan tambahan untuk keperluan tubuh badan kita mendapatkan nutrien yang diperlukan. Bukan semua nutrien yang kita perlukan ada di dalam diet makanan kita. Kadang-kadang pula, nutrien yang kita ambil tidak cukup untuk keperluan tubuh badan kita. Sebab itu kita perlukan supplement.

"Tapi, saya makan supplement ni tekanan darah saya dah stabil. Tak payah la makan lagi ubat doktor"

Tidak dinafikan supplement boleh mempengaharui kesihatan anda. Supplement membantu mengurangkan masalah anda (dalam cerita ini tekanan darah tinggi) . Alhamdulillah tekanan darah anda dah stabil. Tetapi, perlu diingatkan segala ubat yang doktor berikan tidak boleh berhenti dimakan melainkan atas nasihat doktor sendiri. 

Saya selalu sarankan kepada rakan dan pelanggan-pelanggan saya supaya mengambil supplement sekarang sementara masih sihat bukan tunggu sehingga ada penyakit baru mencari supplement. Supplement membantu kita mengurangkan risiko untuk menghadapai penyakit yang lebih serius.

Medication for treatment,
Supplement for prevention.

Salam sayang,
Farini
SID Kesayangan Anda


No comments:

Post a Comment