Sunday 21 June 2015

Tips puasa untuk ibu² hamil

Teringat bulan puasa tahun 2011. Masa tu mengandung nak masuk 39w. Dah sarat sangat dah masa tu..perut mcm xlarat je nak bawa. Edd 25 Ogos.
Tp sy masih gagah ajak suami g bazar ramadhan..g jj la..giant la. Nak jln byk sbb org kata jln byk senang nak bersalin nanti. Hahaha..
Org yg jumpa selalu tegur ckp anak kembar ke? Memang besar perut sy masa tu. Hihi..tp sy kuatkan semangat nak berpuasa jgk. Kalau boleh xnak ganti byk².
17 Ogos 2011 tu puasa hari ke 17 sy siap ajak suami pergi giant beli barang dapur. Konon nak buat kek blk dr hospital esok. Sbb 18hb tu ada check up.
Semangat ni..nak mkn kek b4 berpantang. Dengan termengah² masih g nak bershopping bawa perut boyot tu.
Tapi, 18hb tu g check up kat Hospital Serdang dan terus kene tahan. Tekanan darah tinggi sgt. Duduk dekat dewan bersalin 2 hari xmakan xminum. Haaa...amik kau. Kene bersalin jgk masa tu takut ada masalah lain.
Akhirnya tepat jam 12malam 20 Ogos disorong masuk ke bilik bedah sebab jalan xbuka walaupun dah mcm² cara yg dibuat. Lgpun air ketuban dah dipecahkan..jalan cuma buka 5cm je.
Ehh..ubah topik lak.
Cuma nak bagitau..alhamdulillah berjaya puasa jg walaupun dah sarat. Jgn jadikan mengandung sebagai alasan xnak berpuasa.
Tapi..kalau dah betul² xlarat atau ada masalah jgn la paksa diri..merisikokan bayi dalam perut pulak. Apa pun, kene jaga kesihatan diri dan kandungan. Kalau xdapat puasa nanti ganti la 
Tips sy mudah je.
1. Sy makan nasi dan kurma masa sayur. Xde diet² ni..kalau x nanti lapar.
2. Bila rasa pening sy terus duduk rehat. Rehat yg betul² rehat..xde buat apa². Tgk tv pun x.
3. Waktu malam sy akan banyakkan minum air masak.
4. Selalu ckp dgn baby suruh baby behave sambil gosok² perut. Alhamdulillah..selalunya menjadi.
5. Selalu tetapkan diri dalam suasana tenang. Jgn stress..buat semua benda yg menggembirakan.

Wednesday 10 June 2015

Supplement Bukan Ubat

Ramai yang ambil mudah perkara ini. 
Mereka beranggapan jika sudah mengambil supplement, segala ubat yang doktor berikan dah tak perlu makan lagi. Cukup dah makan supplement ni.

JANGAN!!!
Jangan buat macam tu. Supplement bukan ubat. Ia hanya makanan tambahan untuk keperluan tubuh badan kita mendapatkan nutrien yang diperlukan. Bukan semua nutrien yang kita perlukan ada di dalam diet makanan kita. Kadang-kadang pula, nutrien yang kita ambil tidak cukup untuk keperluan tubuh badan kita. Sebab itu kita perlukan supplement.

"Tapi, saya makan supplement ni tekanan darah saya dah stabil. Tak payah la makan lagi ubat doktor"

Tidak dinafikan supplement boleh mempengaharui kesihatan anda. Supplement membantu mengurangkan masalah anda (dalam cerita ini tekanan darah tinggi) . Alhamdulillah tekanan darah anda dah stabil. Tetapi, perlu diingatkan segala ubat yang doktor berikan tidak boleh berhenti dimakan melainkan atas nasihat doktor sendiri. 

Saya selalu sarankan kepada rakan dan pelanggan-pelanggan saya supaya mengambil supplement sekarang sementara masih sihat bukan tunggu sehingga ada penyakit baru mencari supplement. Supplement membantu kita mengurangkan risiko untuk menghadapai penyakit yang lebih serius.

Medication for treatment,
Supplement for prevention.

Salam sayang,
Farini
SID Kesayangan Anda


Tuesday 9 June 2015

Set Enfuselle Shaklee : Untuk Kulit Berminyak

Orang kata kalau nak cantik kene cantik luar dan dalam. 
Cantik iman dan amal

Saya seorang yang tidak terlalu mementingkan kecantikan luaran. Bagi saya..cukuplah kalau aku ni baik dan menyenangkan orang lain. Tak cantik pun tak apa..dah ini yang Allah kurniakan....aku terima seadaanya. Tapi segalanya berubah bila saya kene chicken pox diusia 28 tahun.

Ya 28 tahun!
Allah..parutnya masyaAllah..penuh semuka. Saya malu untuk berhadapan orang lain. Keyakinan diri makin berkurang..nak tengok cermin pun malu. Bila keluar dengan suami dan anak orang akan cakap saya bawa anak-anak berjalan. Ada yang cakap saya ni kakak pada suami saya. Anak saya tu cucu saya la..


Allahuakbar!
Masa tu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Saya nekad..saya nak merubah hidup saya. Saya pilih Set Enfuselle untuk kulit berminyak dan berjerawat. Tapi masa tu saya mulakan dulu dengan Hydrating Cleansing Lotion sebab kulit saya meggelupas di bahagian pipi dan tepi mulut. 

Jom saya kongsikan apa yang saya guna :-)


Set Enfuselle

Kulit Sensitif & Berminyak


1. Purifying Cleansing Gel  

  • Gel yang bertindak lembut untuk menyingkirkan bahan cemar, mekap dan minyak berlebihan daripada kulit.
  • Bahan-bahan khas dan tambahan vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • PH yang seimbang
  • Hipoalergenik

2. Purifying Toner 
  • Berfungsi sebagai penuetral serta menghentikan kerosakan pro-oksida
  • Menyegarkan dan menghaluskan kulit. 
  • Membantu mengawal kilauan minyak serta meminimumkan saiz liang-liang kulit.
  • Terbukti secara klinikal
  • Hipoalergenik

3. Balancing Moisturizer 
  • Formula ringkas untuk menyubur dan melembapkan kulit. 
  • Mengimbangkan lembapan agar kulit terasa segar, licin dan berseri sepanjang hari tanpa kilauan.
  • Terbukti secara klinikal; 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari, 268% pengurangan garis halus dalam masa 28 hari, 173% pengurangan kedutan kulit dalam masa 28 hari.
  • Hipoalergenik

Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan saya.
Saya telah berjumpa dengan set skin care yang sesuai dengan kulit saya. Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Sesiapa yang sedang berusaha untuk memulihkan kulit muka seperti saya boleh hubungi saya seperti di bawah. InshaAllah konsultasi terbaik akan diberikan :-)

Entry akan datang saya akan kongsikan lagi set enfuselle untuk kulit kering serta set nutriwhite untuk kulit normal.




Hubungi saya:
Farini binti Ahmad Ibrahim (ID 1160488)
SMS/Whatsapp/Telegram : 013-638 8886
Email: farini_ai@yahoo.com
COD are UPM Serdang, Serdang & Seri Kembangan





Wednesday 3 June 2015

Retinitis Pigmentosa dan Rawatannya

Pernah dengar tentang Retinitis Pigmentosa (RP)?

Retinitis Pigmentosa (RP) ini adalah sekumpulan penyakit yang diwarisi bercirikan "progressive peripheral" masalah kehilangan penglihatan dan rabun malam (dikenali juga sebagai buta ayam atau rabun ayam) yang boleh membawa kepada kehilangan penglihatan pusat.

Patologi kasar mata seorang lelaki yang menghidap Reitinitis
Update Penting: FDA (Food and Drug Administration) meluluskan implan retina pertama bagi "advanced RP" dewasa.

"The US Food and Drug Administration (FDA) has approved the first retinal implant, the Argus II Retinal Prosthesis System, for adults aged 25 years or older with advanced RP.[1] Although this device will not restore vision to patients, it replaces the function of degenerated cells in the retina and may improve a patient’s performance of basic activities by improving their ability to perceive images and movement.[1]"


Walaupun peranti itu (implan) tidak dapat memulihkan penglihatan pesakit, ia dapat menggantikan fungsi sel dalam retina dan boleh meningkatkan prestasi pesakit dalam aktiviti asas serta meningkatkan penglihatan mereka untuk melihat imej dan pergerakan.

Bagaimana implan ini beroperasi?

Implan mempunyai kamera video kecil, pemancar yang dipasang kepada sepasang cermin mata, pemprosesan video unit (Video Prosessing Unit - VPU) dan prostesis retina yang diimplan (retina tiruan). VPU akan merubah imej dari kamera video kedalam data elektronik dan dihantar terus ke retina tiruan (wireless). 

Adakah ianya memberi kesan buruk kepada pesakit?

Kira-kira dua pertiga daripada pesakit tidak mengalami kesan-kesan buruk daripada peranti atau prosedur tersebut. Walau bagaimanapun, lebih satu pertiga daripada pesakit yang mempunyai sejumlah lebih kurang 23 kesan yang serius termasuk keradangan, hakisan konjuktiva ("conjunctival erosion"), "retinal detachment" dan "hypotony"

Tanda-tanda dan Gejala Retinitis Pigmentosa

Nyctalopia atau Buta Ayam

Gejala paling awal Retinitis Pigmentosa ialah masalah rabun malam. Ia juga dianggap antara salah satu ciri penyakit ini. Pesakit kemungkinan mengalami kesukaran untuk melakukan kerja-kerja pada waktu malam ataupun di tempat-tempat gelap seperti masalah berjalan di dalam bilik berlampu malap sebagai contoh di dalam panggung wayang. 

Pesakit juga mengalami kesukaran memandu dalam cahaya rendah seperti waktu senja atau keadaan berkabus. Selain itu, mereka juga memerlukan masa untuk menyesuaikan diri di tempat terang apabila baru keluar dari tempat yang gelap.

Visual Loss atau Kehilangan Penglihatan

Tiada tanda atau gejala kehilangan penglihatan periferal atau lebih dikenali sebagai penglihatan terowong. Walau bagaimanapun, pesakit akan menyedari kehilangan penglihatan ini apabila mereka seakan-akan melihat melalui tiub berongga atau terowong.

Pesakit boleh terlanggar pintu atau perabot atau mengalami kesukaran dalam bersukan yang memerlukan penglihatan periferal seperti tennis dan bola keranjang. Kehilangan penglihatan tidak menyakitkan dan berlaku dalam tempoh yang lama.

Photopsia

Kebanyakan pesakit Retinitis Pigmentosa melaporkan melihat kilauan cahaya (photopsia) yang kecil, berkilauan ataupun seakan lampu berkelip-kelip. Photopsia ialah persepsi halusinasi pesakit yang melihat percikan api, api atau warna yang timbul dalam keadaan tanpa rangsangan cahaya dan diperhatikan apabila mata yang tertutup. Tetapi keadaan ini tidak berterusan.


Oleh kerana Retinitis Pigmentosa (RP) merupakan kumpulan penyakit keturunan, terlalu banyak kepelbagaian penemuan fizikal yang ditemui. Malah terdapat pelbagai penyakit yang seakan-akan RP. Oleh sebab itu, ujian makmal, ujian penglihatan dan pelbagai prosedur lain perlu dititik beratkan dalam mengenali penyakit ini. InshaAllah saya akan berkongsi lagi tentang pengurusan dan rawatan perubatan mengenai Retinitis Pigmentosa pada entry yang akan datang.


Kandungan entry ini telah diambil dari http://emedicine.medscape.com. Kemudian telah diolah dan diterjemahkan ke dalam bahasa melayu oleh saya untuk kemudahan pembaca.





Cara Memilih Supplement

Hari ini sy nak share tips memilih makanan kesihatan yg paling baik dan selamat.

Makan supplement untuk sihat bukan sebaliknya. 
Nauzubillahiminzalik.. Semoga kita semua dijauhkan.

TIPS MEMILIH MAKANAN KESIHATAN


1. Pilih produk yg berasaskan SEMULAJADI tanpa bahan tiruan ataupun bahan kimia. Jangan terpedaya dengan tempoh kesan yg diberikan kerana kebanyakan bahan kimia akan memberi efek yg pantas.

2. Pilih produk yg dijamin KUALITINYA bukan daripada produk² yg diproses sendiri sebab kita tidak pasti tahap kebersihannya. Kadang ada produk yg direka sendiri oleh peniaga dan diproses oleh kilang² yg memproses pelbagai jenis produk lain tanpa menjaga tahap kebersihannya.

3. Pilih produk yg DIYAKINI tahap kebersihannya, kualitinya serta penciptanya. Ada kajian yg dibuat ke atas produk tersebut ke tidak? Ada lulusan KKM ke tidak?

4. Pilih jenama produk yg telah LAMA DIPASARAN. Bila jenama ini telah lama wujud tanpa sebarang masalah, bermakna produk itu adalah produk yg bagus.


Selamat mencuba! :-)

Ikhlas dari saya,
Farini Ahmad Ibrahim


(Gambar sekadar hiasan)