Saturday 11 April 2015

Tips Penyusuan

Ramai ibu-ibu yang merungut susu badan tidak banyak.
Tak boleh nak susukan anak dengan susu badan lagi..susu makin sikit.
Tak boleh buat stok bila nak pergi kerja.

Di sini saya nak kongsikan beberapa tips penyusuan untuk ibu-ibu yang ingin menyusukan anak sehingga 2 tahun:-


1. Fikir yang baik-baik
Ibu-ibu yang menyusukan anak kene selalu berfikiran positif. Fikir yang baik-baik...selalu fikirkan bahawa inshaAllah ada rezeki untuk anak kita. Kalau pam dapat sikit, perlu redha. Alhamdulillah masih punya rezeki untuk anak. Jangan berasa tertekan kerana tekanan menyebabkan pengeluaran susu semakin merosot.

2. Kurangkan stress
Masalah stress sebenarnya tidak mengganggu proses pengeluaran susu ibu jika ibu pandai menghadapinya dengan baik. Tetapi jika stress yang dialami menyebabkan ibu gagal mengikut jadual pengepaman atau mengganggu waktu menyusu ia akan meengganggu pengeluaran susu ibu buat sementara waktu. Jadi, tangani stress anda dengan baik.

3. Perah atau pam dengan kerap
Rutin memerah susu hendaklah sentiasa konsisten. Pam setiap 3 hingga 4 jam sekali. 15 ke 20 minit setiap payudara. Pam kedua-dua payudara. JANGAN sesekali fikir tunggu sehingga payudara bengkak baru pam susu. Tidak kira payudara bengkak atau tidak ibu harus pam susu. Pam secara konsisten baru otak akan selari dengan kerja penghasilan susu.

4. Ambil supplement penambah susu
Ambil supplement untuk meningkatkan keyakinan ibu. Namun, ibu-ibu harus sedar bahawa mereka tidak boleh bergantung 100% dengan supplement jika tidak mengikut jadual mengepam dengan betul. Supplement untuk menggalakkan penghasilan susu bukan menghasilkan susu. Jika ibu tidak konsisten mengikut jadual pengepaman, susu juga tidak akan terhasil dengan banyak.

5. Doa
Sentiasa berdoa segala yang kita buat untuk masa depan anak kita.

Saya doakan ibu-ibu berjaya menysusukan anak sehingga berusia 2 tahun kerana Allah SWT.
Happy breastfeeding!

Hubungi saya:
Farini binti Ahmad Ibrahim (ID 1160488)
SMS/Whatsapp/Telegram : 013-638 8886
Email: farini_ai@yahoo.com
COD are UPM Serdang, Serdang & Seri Kembangan

No comments:

Post a Comment